Are they really affected? Atau yang susah akan bertambah susah?
Well, aku tak terkejut bila dengar harga petrol naik. Aku lebih terkejut tengok reaksi orang lain. Masih ramai yang berlumba di jalan raya, masih ramai yang 'tarik nafas keter' diorang pepanjang.. Kiranya betul ke kenaikan tu dah mencabar taraf hidup. Yang betul-betul terasa dengan kenaikan ni, most likely yang bukan di bandar, yang bukan berkereta apatah lagi yang bukan membeli petrol. Yang di luar bandar, yang memang tak merasa pakai kereta baru, yang memang tak pergi ke stesen petrol setiap minggu.. kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol yang akan menggugat kehidupan, menggugat kesihatan mereka. Anak-anak mereka mungkin akan kekurangan zat makanan, akan kehilangan kesempatan menikmati kehidupan yang senang. Hmm.. Ye la, apa boleh aku buat? Dah kerajaan naikkan.. Aku pun tak cukup duit.. Takkan nak bagi duit kat diorang...
Banyak lagi cara lain untuk membantu diorang nih. Seorang yang aku kenal, telah memperjuangkan nasib 'junior-junior'nya di sekolahnya, mendapatkan 'senior-senior' yang telah mencapai kejayaan di dalam hidup masing-masing, agar dapat berkongsi pendapat dan pengalaman, membimbing adik-adik mereka. Bagi yang mampu, ada yang menyumbang sedikit duit poket, ada yang menghadiahkan baju sekolah dsb. Adakah kita juga mempunyai pemikiran jujur seperti beliau? Dengan memberi sedikit perhatian, yang tidak semestinya berbentuk kewangan, masa depan mereka mungkin lebih cerah.
Ada juga yang memberi kelas tambahan percuma, mengajar bahasa inggeris secara sukarela, memberi motivasi secara tidak langsung, meningkatkan kesedaran betapa pentingnya masa depan mereka, tambahan pula cabaran yang bakal dihadapi, lebih terik daripada yang telah kita tempuhi. Tidakkah korang terasa bahangnya dari sekarang?
Kepada yang berilmu, kongsi-kongsilah bersama yang dahagakan. Kepada yang berharta, curah-curahkanlah kepada yang laparkan.
Al-fatihah kepada 'kakak ipar'ku, yang telah membuka mata aku, bahawasanya setiap kebolehan atau kejayaan membawa bersama tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul. Tetapi akan menjadi ringan sekiranya tanggungjawab itu dibahagi-bahagikan secara sepatutnya.

Recent Comments